Saturday, February 6, 2010

Saya Suka ...

Saja nak kongsi apa yang saya suka buat di waktu-waktu lapang. Belajar bermain alat muzik secara formal adalah impian saya sejak kecil. Entah umur berapa, tapi saya ingat situasinya di mana saya selalu meminta dari papa&mama untuk mempelajari piano. Di rumah ketika itu sudah punya piano ataupun keyboard kanak2 yg kecil saiznya tapi itu bukan saya punya. Itu adalah hadiah hari jadi kepada adik saya. Saya tidak pernah meminta alatan muzik, cuma meminta untuk pergi ke kelasnya sahaja. Permintaan saya untuk ke kelas muzik, tidak pernah tercapai sehinggalah saya besar ini dan punya wang simpanan sendiri.

Dan saya bertekad untuk menghadiri kelas violin, bukan piano sebab saya mahu tahu tentang violin. Ada seni tersembungi padanya. Jangan anda silap menghakimi saya. Tiada niat di hati untuk menjadi artis. Keinginan bermain muzik itu timbul kerana saya sangat percaya bahawa muzik boleh menggerakkan kedua-dua belah bahagian otak manusia. Atau mungkin pada diri saya ini sudah punya darah seninya. Entahlah, mungkin seni memasak yang ada pada arwah atuk atau seni muzik pada mama yang ketika mudanya bermain clarinet(kalau tak silap) tapi tak habis sebab berkahwin.

Yang penting, saya memang suka seni. Pernah menanam hasrat untuk ke kelas lukisan tapi tak kesampaian. Apa tah aral yang melintang. Saya pun tak ingat. Ketika itu semasa bersekolah di Bangi. Sangat menggemari pelajaran Pendidikan Seni. Waktu cuti sekolah atau hari minggu, pasti kertas lukisan menjadi mangsa contengan dan calitan warna atau lakaran pensel. Sampai sanggup membeli pelbagai jenis pensel : 2B, 3B,6B. Seperti potret2 manusia yang saya lukis ini.

Sebenarnya, potret lelaki ini adalah lukisan potret pertama saya. Ye lah, zaman muda remaja. Minat2, suka2 tu biasa la. Tapi, tak de lah cantik sangat potret2 ni. Saya melukis sebab saya punya rasa. Saya suka tengok dia ni sebab dia pendiam dan baik je. Haha, memang saya suka usha insan2 yang baik je. Entah apa2. Kali terakhir jumpa masa penyampaian sijil PMR di sekolah. Tu la kali terakhir. Sampai sekarang pun, tak tau khabar berita. Tak pe lah. Terima kasih kepada insan ini yang mewarnai alam remaja. Hahaha. Kelakar pulak rasanya.

p/s:Hidung dia bukan cam tu, lagi comel.
p/s:Tak bape reti lukis sangat potret sbnrnye.Lagi suke pemandangan n__n

Wednesday, February 3, 2010

Lagu oH LaGu~~

Banyak perkara yang perlu difikirkan lately, tapi saya masih menyempatkan diri untuk menulis. Selalu sahaja datang idea dan mood untuk menulis ketika diri sedang sibuk dengan perkara-perkara yang lagi penting. Tak senonoh betul..

Bila dengar lagu di radio ketika men-drive, lirik2 lagu-lagu tu semua menyentuh-nyentuh jiwa sanubari. Contohnya:
"Separuh jiwaku pergi.
Memang indah semua.
Tapi berakhir luka
."

Kesian Anang, dalam lagu ni jiwanya merintih kesakitan. Pun saya merasai serasa-rasanya.
Ataupun macam lagu Alyah ni:
"Kau telah jauh. Jauh dariku.
Tiada ruang di hati buatmu.

Namun harusku akui ada ketika,

di minda kau menjelma kembali.

Sekali segala ada

Ada rindu yang datang tiba2

Tak mungkin kerana sayang

Cuma terganggu oleh perasaan
"

Monday, February 1, 2010

Gunting Rambut (1)

Awal-awal perkahwinan, memang la terasa indahnya. Nak pula duduk rumah sendiri, tak perlu tinggal di rumah mak atau mak mertua. Hidup berdua, nak buat apa-apa pun boleh. Si suami seorang arkitek muda berjaya yang membina rumah indah yang mereka diami sekarang ini. Si isteri pula, walaupun punya kelayakan degree sebagai engineer tetapi tetap merendah diri dengan kerjaya sebagai guru tadika. Penat ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai membebel dengan kerjaya pilihannya itu, "tak sesuai langsung dengan ijazah, tak guna pun ijazahnya tu, rugi masa belajar, bla..bla..bla..". Biarlah, itu pilihannya.

Bahagia dan manisnya seperti madu segar diambil dari ladang. Nikmatnya Tuhan sahaja yang tahu. Si isteri bersyukur kerana mendapat seorang suami yang diidamkan selama ini. Membimbingnya solat berjemaah dan tadarus bersama. Al-fatihah sahaja boleh menyejukkan hati mak dan ayah si isteri ketika bulan puasa,berbuka dan solat maghrib bersama. Si suami merasakan, beliaulah lelaki paling bertuah kerana berjaya mengalahkan teman-temannya untuk menyunting gadis idaman semasa di kolej dahulu. Memang ego bunyinya, tapi ye lah. Gadis yang kini menjadi isterinya itu dahulu sangat disegani dan dihormati oleh teman-teman. Muslimah yang terjaga akhlak, budi dan agamanya. Ala-ala Anna Althafunnisa dalam KCB tapi kurang sikit. Hehehe..

Masuk hampir setahun perkahwinan, si isteri belum punya tanda-tanda untuk mendapat cahaya mata. Belum rezeki, itu ujur si isteri kepada suaminya. Acuh tak acuh sahaja si suami mengiyakan. Dek kerana ingin melupakan ke-frust-annya, saja disibukkan diri di pejabat. Pabila ditanya isteri, jawabnya
"Banyak kerja la. Got new project with tan sri. Tan Sri wants the plan to be submitted asp. Don't worry ye sayang. Nanti dah siap semua, kita gi dinner same ye. Special punye".
"Yela, promise tau"
, si isteri mengiyakan saja.
Ditunggunya juga dari minggu ke minggu sehinggalah dirinya berasa kebosanan dan hampir berputus-asa.

Di suatu hari minggu, ketika menonton movie di tv bersama-sama, si isteri yang sememangya muda dari si suami berkata
"Bang, oh bang. Ayang rasa cam nak potong je rambut ni. Dah panjang, rimas la.".
"Ha, potonglah. Nak abang teman gi salun ke?"
.
"Erm, tak naklah. Bosan la gunting rambut kat kedai tu. Orang yang gunting rambut tu serius je mase gunting. Hmm, abang tolong guntingkan boleh?"...


-to be continued - bersambung ...

Friday, January 29, 2010

mAmpUkAh?!?!?

Woo....

Bapanya mahukannya jadi seorang askar
bukan cita-citanya
bukan impiannya


Dia terlalu muda
tuk tinggalkan keluarga
bila tiba masanya
pilu mula terasa

Berkecamuk hati
hatinya sendiri
persoalannya kini
sampai bila mampu ku bertahan
??
mampukahku bertahan???

Wo..
Wooooo

Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu (2x)


Beginikah selalunya cinta

diakhiri sekarang setelah dicurahkan semua

cubaku dalami

sampai termimpi-mimpi

namun apa yang ku jumpa semuanya sama


Berkecamuk hati

hatinya sendiri

persoalannya kini
sampai bila
mampu ku bertahanm

mampukahku bertahan

Woooo


Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang
tapi Tuhan saja tahu
(2x)

Ini semua dugaanNya
semua dugaanNya


Woooo..

Nampak ketarakah dilema diwajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu


* HujAn - duGaAnNya *

Wednesday, January 27, 2010

kEmbALi mEkar bUnga iTu.. tErimA kAsih

Agak berhabuk la juga blog saya ni. Adalah 2 minggu tak menulis apa-apa. Ideanya ada, nak ditulis, takut menjadi tulisan yg terlalu peribadi. Perlu ditegaskan, di blog ini, sepatutnya tidak boleh menulis tanpa berlapik. Semua perlu berlapik dan beralas-alas..

Baiklah, sekarang saya mula menulis. Sebenarnya, saya menyibukkan diri membuat perkara di luar alam maya sepanjang 2 minggu ini. Saja-saja saya cuba menjauhi dunia virtual dengan tujuan untuk menjadikan hidup saya lebih real.

Melihat dan menikmati alam semula jadi bersama rakan-rakan di Sungai Congkak pada minggu pertama. Bermain-main bersama anak-anak ikan sungai. Saya sangat suka dapat tangkap ikan-ikan tu. Makin saya duduk lama-lama di tepi gigi air sungai tersebut, makin banyak pula anak ikan yang datang. Seolah-olah mereka dengar dan memahami kata di hati. Hah, sudah, hentikan angan-angan itu. Hehehe..Ikutkan hati, memang berniat untuk berendam selama mana yang boleh sambil terapung-apung di atas air Sungai Congkak. Namun, saya ada kelas pada petangnya dan terpaksa balik awal sendirian. Dah la pertama kali men-drive sejauh itu sendirian. Memang terasa kesunyiannya. Tak pe, pengalaman.

Seterusnya, bermain-main bersama anak-anak buah di kolam renang pada hujung minggu. Dan mendapat anak buah baru, Abdul Haq namanya. Orangnya kecik je. Semoga namanya itu boleh membesarkan dirinya. Senyum je saya. Namun, masih ada yang missing. Entahlah.

Kemudian menyibukkan diri di perpustakaan di UPM. Dengan harapan, boleh study untuk Test1 dan menyiapkan bahagian pertama FYP pada minggu ini. Namun, semangat hilang entah ke mana. Itulah yang missing. Ke mana perginya semangat yang saya tanam tempoh hari? Sekejap je, pastu hilang. Sunyi pun ye juga. Kat library kan senyap je. Dengar bunyi buku diselak dan air-cond serta bisik-bisik manusia berbincang senyap, sekadar menghormati sign - Tolong Senyap - . Wah, hati saya kosong jadinya, langsung tak dapat menyudahkan apa yang dirancang. Jeles saya melihat manusia-manusia lain yang study secara berteman-teman mesra atau pasangan masing-masing. Puas saya memujuk dan mengingatkan diri tentang janji Tuhan. Syaitan terus mengasak-asak diri supaya jeles terhadap manusia lain. Astaghfirullah.

Tahan-tahan saja diri ini, sampailah tadi, selepas keluar dari library menuju ke car park yang agak jauh. Melepasi tadika, melihat kanak-kanak gembira bermain jongkang-jongkit, tak perlu kisah apa-apa. Beruntungnya menjadi kanak-kanak. Terlintas di fikiran, kepingin anak sendiri. Haih, usahlah berangan. Ruang-ruang kosong masih belum berisi, inikan pula mahu anak sendiri. Sebelum melintas jalan, perlulah melihat kiri dan kanan. Sebenarnya, memang Tuhan Maha Mendegar. Walaupun hanya secalit keluhan di hati, Dia dengar dan sayang pada hamba-hambaNya.

Saat saya menoleh, sebuah motosikal hijau modenas(kalau tak silap), melintasi saya. Wah, saya senyum melebar. Hati yang layu bunganya, kembali segar seperti baru disirami hujan selepas kemarau yang panjang. Unggas dan cengkerik kembali bernyanyi bersahutan. Insan yang membuat saya tersenyum semasa di kelas Calculus semasa sem 3, kembali membuat saya tersenyum. Namanya siapa?~ hmm..saya tak tahulah. Tak pernah bertanya. Yang penting, raut wajahnya memaniskan senyuman tawar.

Terima kasih Tuhan. Tak mengapa andai sekejap pun nikmat yang diberi, saya bersyukur, alhamdulillah. Dan sejak peristiwa sekejap itu, manisnya senyuman itu masih terasa. Namun, masih ada satu senyuman yang paling manis setakat ini yang saya nanti2kan.
n__n


Wednesday, January 13, 2010

pERcAya daN niAt

"Memberi adalah lebih baik dari menerima"

Anda setuju dengan pernyataan ini?. Semestinya saya setuju. Namun, disebalik itu, saya tertanya-tanya apakah yang dikatakan dengan lebih baik itu?

Sendiri tak pasti hingga tercari-cari, menghilang arah pasti. Kiranya ini, menjadi orang yang sanggup berkorban untuk orang lain. Tak mengapalah, andai diri sendiri tidak dapat, asalkan orang lain dapat. Mengorbankan kebahagiaan diri sendiri. Oh, perlukah itu?

Atau memberi peluang untuk orang lain, mengecapi sesuatu yang sepatutnya milik kita. Owh, betapa sakit walaupun diri sendiri sedaya upaya mengikhlaskan. Sakit itu maksudnya, ada yang berbisik2 jahat. Aduh, tolonglah hentikan bisikan itu.

Ada juga yang kata, lebih baik kita beri hadiah kepada seseorang , sesuatu yang kita inginkan. Contohnya, saya teringin sangat nak membeli dan membaca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faizal Tehrani[tapi saya dah beli dan baca karya ini..hihi]. Kebetulan hari jadi seorang teman baik. Lantas saya memberikan kepadanya, hadiah buku tersebut.

Entah apa-apalah yang orang sibuk katakan. Tak kisahlah apa mereka kata, yang penting diri kita itu sendiri. Niat di hati biar betul. Andai niatnya untuk mengharap balasan, itu bukanlah ikhlas namanya. Andai anda pergi ke masjid dan terlibat dengan aktiviti2 masjid hanya kerana ingin mendapat nama, maka, namalah yang anda dapat. Jika tak dapat nama, tak ada lah lagi ke masjid. Solat berjemaah di masjid, apatah lagi.

Serupa juga andai anda menulis blog untuk meluahkan rasa2 ketidakpuashatian atau ketidaksenangan rasa2 di hati dengan harapan dan niat bahawa rasa2 itu boleh dihilangkan. Maka, insyaAllah rasa2 anda itu boleh di-share oleh seluruh umat bloggers dan rasa2 itu, boleh anda kurangkan. Secara psikologinya, anda boleh menghindar diri anda dari gila yg merosakkan jiwa. Hehe..pendapat saya sahaja.

Oleh itu, apa-apa pun yang anda ingin dan mahu lakukan, mulakanlah dengan niat yang betul. Niat yang baik, akan dipermudahkan urusannya dengan izin Allah. Bukan anda tak tahu, Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui. Walau ke lubang cacing atau ke bilik tebal bersalut besi , anda cuba menyembunyikan niat , huh, takkan berjaya.

Percayalah. Anda adalah apa yang anda percaya. You are what you believe. Kerana kepercayaan itu terbitnya dari hati yang berniat. n__n

Sunday, January 10, 2010

kEkHiLaFan sAya


Saya ceritakan sahaja tentang reunion kecil yang berlaku beberapa jam lalu kepada mama dan papa saya tadi. Abang dan isterinya juga ada. Cerita dengan gembira dan selamba. Pelik juga saya dengan diri sendiri. Kenapa mesti saya cerita ya? Selalunya, diam sahaja.

Rupa2nya ada hikmahnya. Ada peringatan yang amat penting saya dapat.

" Baik-baik Mina jaga2. Jangan sampai kena tangkap basah. Papa tu orang berkuatkuasa masjid."

Ya Allah!~..Saya boleh lupa tentang itu?~~ Sebenarnya, saya telah melakukan sesuatu sehingga membiarkan seorang teman saya menghampiri zina. Astaghfirullah..Masa tu lah, ayat yang saya belajar dan hafal di sekolah dahulu semata2 untuk exam iaitu : La taqrabuz zina , bermain2 di telinga.. Ya Tuhan, memang aku yang bersalah dalam hal ni.

Sepatutnya saya yang mengambil teman saya yg perempuan itu di rumahnya. Namun, sebab saya penat dan keletihan tadi, saya tak mampu untuk men-drive. Dan saya biarkan teman saya yg lelaki itu mengambilnya sendirian. Ya Alllah, kejam nya aku. Langsung tak fikir tentang itu. Maafkan saya. Saya janji dengan sepenuh hati, takkan membiarkan perkara ini berlaku lagi. InsyaAllah. Tolong2 lah ingatkan saya -__-

p/s:...sangat takut ketika ini, bila mengenangkannya..

Wednesday, January 6, 2010

pEcaH, rEMuk, rEnyUk..apAkAh ?

Ada lagi yang pecah. Setiap minggu pecah. Masuk kali ni, tak yang ke entah berapa kali pecahnya. Pecah, macam pasu bunga yang diletak di tepi tingkap dan jatuh tiba-tiba entah sebab apa. Jatuhnya pula bukan di atas rumput yang tebal tetapi di atas simen keras. Lagi teruk jika pasu itu menimpa seorang manusia yang lalu di bawahnya. Alahai, malang sungguh tak berbau. Bolehkah pasu tu digunakan semula? Dah la dah banyak kali pecah.

Dan bertambah teruk, apabila menjadi remuk. Remuk, macam kereta yang terlibat dengan kemalangan yang dasyat. Bayangkanlah, andai ada mangsa yang terkorban kerana tersepit di dalam kereta. Bolehkah diperbaiki kereta itu? Dah la banyak kali accident.

Dan remuk seperti kertas yang.., eh kertas renyuk lah. Ha, lebih kurang begtu la. Dah tu, kertas yang renyuk itu pula, bukanlah kertas yang nipis. Cuba anda bayangkan, kalau kertas yang nipis, tak tebal. Apabila direnyukkan, tengok hasil renyukannya. Dan bandingkan hasil renyukan kerta yang tebal seperti kad manila. Mana lagi hodoh renyukannya? Yang saya tahu, kertas yang tebal itu. Renyukan yang memburukkan lagi kertas tersebut. Bolehkah diguna lagi kertas tu? Bukan baik guna yang baru je?

Semua gara-gara 1 pernyataan dan situasi yang dinyatakan dan terjadi. Oh, perlukah itu semua? Rasanya tak perlu kot. Apakah niat saya sebenarnya di sini? Tak tahu lah. Cuma nak menyatakan apa yang ingin dikatakan. Mengarut dan terus mengarut. Merapu dan terus merapu. Andai anda pandai berfalsafah atau berkias-kias dalam berbahasa dan berkata-kata, tentu sahaja anda faham apa itu pecah, remuk dan renyuk .. n__n